Hidup selepas persaraan Khairul Azman Mohamed

Khairul tinggal bersama isteri Khairiah@Caren John Bion bersama anak mereka di Penampang. Beliau pernah menganggur dan bergantung kepada pencen bulanan sebanyak RM540 dari SOSCO. Lutut kanannya tidak mempunyai sebarang ligamen manakala lutut kirinya tidak mempunyai ligamen, tendon dan tisu lembut. Dianggarkan RM16,000 di perlukan untuk surgeri lutut beliau. Dalam temubual dengan New Straits Times 16 September 2009, beliau berkata, "Jika saya dapat surgeri ini, saya berharap akan dapat kembali menjadi jurulatih ataupun membantu pembangunan sukan di dalam apa cara sekali pun. Saya ingin menasihati para atlit muda agar menjaga kesihatan mereka supaya tidak berakhir seperti saya.inilah yang saya dapat apabila banyak berjasa dengan negara.kehidupan yang penuh derita walaupun banyak berjasa kepada negara.nasib menyebelahi saya apabila ditawarkan untuk menjadi jurulatih penjaga gol oleh pasukan johor darul takzim.saya amat berterima kasih atas layanan mereka terhadap saya.lebih-lebih lagi kepada TMJ yang banyak memberi ruang untuk saya kembali ke pentas pembangunan bola sepak.[2]Namun pada tahun 2013, Khairul Azman kembali menjadi jurulatih bagi pasukan Johor Darul Takzim FC.